suria

Hazard ke Real Madrid dianggap 'selesai'

Hazard dilaporkan milik Real Madrid musim depan.

PERBINCANGAN Eden Hazard ke kelab gergasi Sepanyol musim depan dianggap selesai.

Berdasarkan laporan Marca, Real Madrid akan membayar 140 juta euro (RM646 juta) untuk mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu biarpun masih mempunyai baki kontrak setahun bersama Chelsea.

Ketiga-tiga pihak itu dilapor mencapai persetujuan namun Chelsea meminta Zinedine Zidane tidak membuat sebarang pengumuman awal.

The Blues tidak mahu musim ini diganggu dengan perkara ini memandangkan anak buat Maurizio Sarri masih berjuang untuk berada dalam kelompok keempat liga serta bersaing dalam aksi separuh ahir Liga Europa.

Sekiranya Chelsea berjaya melepasi Eintracht Frankfurt dalam perlawanan Liga Europa ini, bermakna Real Madrid perlu menunggu hingga aksi final di Baku pada 29 Mei untuk mengesahkan kontrak Hazard.-Onefootball

Eden Hazard, Chelsea, Real Madrid

Artikel Lain