suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi tabung kanak-kanak, Ramos kumpul RM4.14 juta dalam tempoh 12 jam

Dia mula terlibat dengan Unicef sejak tahun 2004.FOTO: Wallpaper Cave

LINCAH di padang, kapten Real Madrid, Sergio Ramos juga tidak pernah lupa pada mereka yang memerlukan.

Dia baru-baru ini membantu mengutip dana untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) sebanyak AS$1 juta (RM4.14 juta).

Lebih menggembirakan, jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh 12 jam sahaja.

Dia mula terlibat dengan badan itu sejak tahun 2004.

Pada 2014, dia dilantik sebagai duta untuk kesatuan Unicef Eropah.

Kempen terbaharu Ramos bersama Unicef turut disokong oleh Yayasan Gates.

Ramos turut memuat naik posting mengenai kempen itu di Instagram miliknya baru-baru ini. -Sportskeeda.

 

Sergio Ramos, Unicef

Artikel Lain