suria

"Kenapa kami perlu tolong mereka?", Klopp akui Solskjaer perlu masa di United

Klopp yakin Manchester United akan menyelesaikan segala masalah dengan kewangan yang kukuh.

“MEREKA tidak pernah tolong kami, kenapa kami perlu tolong mereka”, ujar Jurgen Klopp.

Pengurus Liverpool itu berharap Ole Gunnar Solskjaer dapat menyelesaikan suasana tidak gembira di Manchester United pada musim perpindahan pemain hujung musim ini.

Solskjaer berada dalam tempoh pemerhatian berikutan prestasi merosot skuadnya sejak kebelakangan ini.

Namun Klopp yakin semua permasalahan itu akan selesai sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka.

Ketika ditanya mengenai pengalamannya berdepan tempoh sukar di Anfield pada pertengahan musim, Klopp berkata: “Mereka tidak pernah menolong kami, kenapa perlu kami tolong mereka?

“Anda perlu mencari penyelesaian sendiri! Bukan, dia perlu masa, dia perlu masa.

“Anda tidak boleh beri persembahan menakjubakan, tiada orang yang boleh buat. Ini adalah pertandingan yang kompetitif.

“Saya tidak fikir kamu boleh bertemu dengan orang yang selalu bercakap positif ketika saya tiba di sini jika kita tidak bagus dalam Liga Europa.

“Kami semua telah cuba yang terbaik, bekerja setiap hari. Namun akhirnya kuasa kewangan United sudah cukup kuat untuk menyelesaikan masalah,” ujarnya. –Dailymail.co.uk

Artikel Lain