suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard bakal menerima gaji tertinggi RM2.1 juta seminggu jika pindah ke Real Madrid

Hazard dijangka menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi Eropah jika berpindah ke Real Madrid.

PERANCANG utama Belgium Eden Hazard bakal menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi di Eropah sekiranya dai bersetuju berpindah dari Chelsea ke Real Madrid musim baharu kelak.

Penyerang The Blues itu sudah lama dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol itu dan dijangka bakal menamatkan spekulasi tersebut penghujung musim ini.

Hazard berminat untuk tinggalkan Stamford Bridge selepas jarang diturunkan dalam perebutan untuk merebut kedudukan empat terbaik liga.

Menurut laporan The Sun, Chelsea memberi lampu hijau kepada Hazard dengan nilai perpindahan 100 juta paun (RM534 juta) sebaik sahaja tamat musim ini.

Dan turut dilaporkan Real Madrid telah menawarkan Hazard gaji lumayan dengan 400 ribu paun selepas cukai (RM2.1 juta), atau sama dengan lebih 20 juta paun setahun.

Hazard merupakan pemain utama Chelsea musim ini dengan menjaringkan 16 gol dan membantu jaringan 13 dalam 34 perlawanan liga.

Sejak menyertai Chelsea dari Lille pada tahun 2012, pemain berusia 28 tahun ini telah merangkul dua trofi liga, satu piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.-Dailymail.co.uk

Eden Hazard, Real Madrid, Chelsea

Artikel Lain