suria

Terserempak di karpet merah, Mo Salah tak lepas peluang dekati bintang jelita Game of Thrones

Mo Salah bergambar dengan bintang Game of Thrones, Emilia Clarke.

LINCAH di padang, glamor dan segak di karpet merah.

Begitulah yang boleh menggambarkan penampilan bintang bola sepak global, Mo Salah sewaktu acara malam gala TIME 100 di New York pada Rabu.

Salah sebelum ini menjadi penghias muka depan TIME bersama enam atlet lain, dalam meraikan 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Sewaktu acara itu, Salah sempat bertemu beberapa selebriti popular.

Antaranya, Salah tidak melepaskan peluang bergambar dengan pelakon siri Game of Thrones, Emilia Clarke.

Dalam majlis sama, pemain berusia 26 tahun itu turut bergambar dengan pengacara popular, Jimmy Fallon.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Salah diberi penghormatan dalam senarai itu.

Lima lagi atlet lain termasuklah pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS) LeBron James, pemain bola sepak wanita AS, Alex Morgan, Naomi Osaka (tenis), Caster Semenya (atlet olahraga), Tiger Woods (golf) dan Richard Tyler Blevins atau Ninja (gamer profesional). - Sky Sports.

Mo Salah, Emilia Clarke, Jimmy Fallon

Artikel Lain