suria

Pamer larian pantas, Mbappe dikatakan pecah rekod dunia milik Usain Bolt

Mbappe dikatakan memecah rekod dunia yang dipegang oleh Bolt sebelum ini.

SEMUA tahu Kylian Mbappe merupakan seorang yang laju di padang, namun larian terbaharunya dalam perlawanan menentang Monaco dikatakan telah mencipta rekod baharu.

Dakwa The Sun, larian itu memecahkan rekod 100 meter yang dipegang oleh Usain Bolt.

Dalam perlawanan itu, Mbappe memaparkan larian selaju 38 KM/J.

Ia dikatakan lebih tinggi berbanding Bolt iaitu 37.58 KM/J.

Rekod dunia sebelum ini menyaksikan Bolt mencatat larian 9.58 saat untuk jarak 100 meter.

Menerusi perlawanan itu, dia membantu Paris Saint German (PSG) menang 3-1 ke atas Monaco.

Ia sekaligus membuktikan bahawa pemain muda berbakat besar itu layak untuk menjadi pengganti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.- Fox Sport Asia.

Kylian Mbappe, Usain Bolt, laju, PSG

Artikel Lain