suria

Pogba akui bakal tinggalkan Old Trafford, mahu sertai Zidane

Pogba kecewa dengan kemampuan United bersaing dalam kejohanan besar.

PAUL Pogba memberitahun rakan pasukannya bahawa dia mahu meninggalkan Old Trafford pada musim panas akan datang.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai semula Manchester United pada musim panas 2016 selepas empat tahun memperkuat Juventus dengan rekod perpindahan bernilai 89.3 juta pound sterling.

Namun sejak tiba di Old Trafford, Pogba sering bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Pogba terdesak untuk meninggalkan United selepas bertengkar dengan Jose Mourinho sehingga menyaksikan dia dilucutkan jawatan naib kapten.

Lebih memburukkan keadaan, prestasi Pogba sejak akhir-akhir ini dikritik hebat kerana kurang menyerlah ketika United tewas kepada Barcelona dan Everton.

Zinedine Zidane.

Menurut L'Equipe, Pogba mengadu kepada rakan rapatnya semasa di bilik persalinan bahawa dia mahu berhijrah ke Real Madrid.

Pogba dilaporkan kecewa dengan keupayaan United untuk beraksi dalam kejohanan besar dan mahu bekerjasama dengan Zinedine Zidane di Santiago Bernabeu.

"Saya mengenali dia secara peribadi, dia adalah pemain sebenar.

"Dia satu-satunya pemain tengah yang boleh beraksi di bahagian pertahanan dan juga serangan. Saya suka pemain seperti dia," kata Zidane bulan lalu.

Barcelona pernah berminat untuk mendapatkan khidmat Pogba pada musim panas lalu tetapi sudah mengeluarkan perbelanjaan besar terhadap pemain Ajax, Frenki de Jong. - Metro.co.uk

Artikel Lain