suria

Mo Farah tumbuk, terajang suami isteri di hotel

Gebrselassie (kanan) menuduh Farah mengasari pasangan suami isteri di salah sebuah hotel miliknya.

JUARA Olimpik empat kali Mo Farah didakwa menumbuk dan menerajang sepasang suami isteri di sebuah hotel kepunyaan legenda Ethiopia, Haile Gebrselassie.

Jurulatihnya, Gary Lough mempertahankan pelari Great Britain itu dengan berkata dia diugut pasangan suami isteri tersebut yang juga atlet dan bertindak sedemikian untuk mempertahankan dirinya.

Dakwaan itu timbul selepas Farah mengumumkan dia dirompak ketika tinggal di hotel tersebut.

Namun Gebrselassie menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa Farah panik apabila seorang lelaki mengekorinya menyebabkan dia menyerang individu berkenaan.

"Farah beritahu dia kenapa anda ekori saya? Tapi lelaki itu berkata dia hanya melakukan tugasnya.

"Farah kemudian menumbuk dan menerajang mereka, terutamanya si suami.

"Terdapat ramai saksi. Dia tidak boleh menafikan dakwaan itu kerana ramai orang berada di dalam gim semasa insiden tersebut.

Gebrselassie yang pernah memenangi dua pingat emas Olimpik berkata Farah mungkin ditahan jika dia tidak masuk campur untuk melindunginya.

"Saya bercakap dengan polis dan kata 'Ini adalahlah Mo Farah, dia bintang antarabangsa. Jangan tahan dia," katanya. - Metro.co.uk

Mo Farah, tumbuk, terajang

Artikel Lain