suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tahan 'godaan' Zidane, pemain Liverpool berkemungkinan pindah ke Real Madrid

Zinedine Zidane. FOTO: France 24

OUTLET media Sepanyol, Marca, mendakwa pemain Liverpool, Sadio Mane bakal berpindah ke Real Madrid gara-gara 'tergoda' dengan tawaran oleh Zinedine Zidane.

Mane, pemain kelahiran Senegal sememangnya mempunyai prestasi yang bagus dengan jaringan 11 gol menerusi 11 perlawanan terakhir dengan kelabnya.

Malah, dia turut membantu jaringan sewaktu diturunkan selama 15 minit bagi memastikan Senegal menang 2-1 ke atas Mali pada Selasa.

Menurut Marca, Mane sudahpun berbincang dengan Zidane yang kini menggalas jawatan sebagai pengurus Real Madrid berhubung kemungkinan itu.

Namun, Liverpool juga yakin dia akan kekal bersama mereka memandangkan Mane menandatangani perjanjian baharu sehingga November 2023.

Mane dilahirkan pada 10 Apri 1992 pernah bermain untuk pasukan Metz, Red Bull Salzburg dan Southampton sebelum ini.

Dilahirkan di Sedhio, Senegal, dia memulakan kerjaya di akademi bola sepak negara itu, Académie Génération Foot. - BBC.

Zinedine Zidane, Sadio Mane

Artikel Lain