suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Munich ikat bintang Atletico Madrid, Hernandez dengan kontrak RM366 juta

Hernandez. - Foto Franck FIFE / AFP

SELEPAS disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Liverpool, juara Bundesliga Bayern Munich mempercepatkan langkah untuk membaik pulih skuadnya dengan menandatangani pemain pertahanan Atletico Madrid Lucas Hernandez pada harga $ 90 juta (RM366 juta).

Hernandez, 23, merupakan sebahagian daripada pasukan pemenang Piala Dunia Perancis tahun lalu dan akan menyertai Bayern pada 1 Julai.

Nilai yuran perpindahan itu adalah satu rekod untuk Bayern.

Ia mencecah dua kali ganda jumlah yang dibayar untuk pemain Corentin Tolisso yang juga bintang Perancis.

"Saya sangat gembira kerana kami dapat menandatangani salah seorang pertahanan terbaik dunia, Lucas Hernandez.

"Lucas boleh bermain di pertahanan tengah dan di belakang.

"Selain itu, Lucas akan meneruskan tradisi hebat pemain bola sepak Perancis kami dan memperbaiki mutu pasukan," kata pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic kepada laman web kelab itu.

Hernandez akan menjadi pemain Perancis ke-10 yang akan menyertai Bayern.

Kelab itu turut menandatangani seorang lagi pemenang Piala Dunia Perancis, Benjamin Pavard pada jendela perpindahan Januari.

Pavard akan menyertai Bayern daripada VfB Stuttgart pada penghujung musim 2018/19. - CNN Sport

Bayern Munich, Lucas Hernandez

Artikel Lain