Zaiton Othman bersara sebagai Pesuruhjaya Sukan - Sukan | mStar

Zaiton Othman bersara sebagai Pesuruhjaya Sukan

Zaiton Othman. foto AZMAN GHANI/The Star

MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan Datuk Zaiton Othman menamatkan khidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan pada Jumaat selepas memegang jawatan itu bermula 1 Februari 2015.

Syed Saddiq berkata Zaiton yang juga bekas atlet olahraga kebangsaan, banyak berjasa dalam arena sukan tanah air ketika bergelar atlet dan juga penjawat awam terutamanya membantu melancarkan pentadbiran sukan untuk kementerian.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Zaiton di atas perkhidmatan beliau sebab hari ini adalah tarikh terakhir beliau berkhidmat dan akan bersara. Beliau melakukan kerja-kerja luar biasa untuk kementerian.

“Selepas ini kementerian perlu mencari pengganti mungkin bekas atlet juga untuk mengendalikan jawatan Pesuruhjaya Sukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman venue Piala Dunia FIT Touch kesembilan di Taman Ekuestrian Putrajaya pada Jumaat.

Zaiton yang akan berusia 60 tahun pada 3 Mei depan, dan berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang adalah jagoan dalam acara heptathlon serta 400 meter pada era kegemilangannya.

Selain itu, bekas atlet negara itu yang pernah diberi jolokan 'wanita besi' adalah pemegang rekod kebangsaan acara heptathlon ketika beraksi pada Sukan SEA Manila 1981.

Beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 1982 dan memenangi tiga pingat emas serta mencipta rekod terbaik Asia dalam acara lari berganti-ganti 4x400m.

Zaiton memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Pertanian Malaysia dan Ijazah Sarjana Psikologi Sukan Gunaan dari San Diego State University, California.

Beliau memulakan perkhidmatan di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai pegawai sukan pada September 1989 dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) dari 1992 hingga 2000 sebelum kembali ke MSN. - BERNAMA

Zaiton Othman , Pesuruhjaya Sukan , MSN

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain