suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Sala akhirnya ditemui

Gambar fail menunjukkan seorang penyokong Nantes memberi penghormatan kepada Emiliano Sala. Foto AP

BANGKAI pesawat yang membawa pemain bola sepak, Emiliano Sala dan juruterbangnya ditemui susulan operasi pencarian menggunakan sistem sonar, dengan kedua-duanya hilang dan dianggap mati.

Operasi mencari pesawat yang hilang itu bermula dari pantai Guernsey, dan mengesan bangkai pesawat itu pada pagi Ahad di dasar laut Selat Inggeris.

Kapal FPV Morven menerima isyarat sonar sebelum bot Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) mengesahkannya dan ROV (kenderaan di bawah kendalian jauh) dihantar ke dasar untuk mengenal pasti pesawat di dasar laut.

Keluarga kedua-dua mangsa telah dimaklumkan tentang penemuan itu.

Kedua-dua kapal AAIB, Geo Ocean III dan bot persendirian, yang termasuk imbasan sonar, digunakan untuk mencari pesawat.

Pasukan AAIB kini ke lokasi untuk mendapatkan pesawat. - Daily Mail UK

Emiliano Sala

Artikel Berikut

Artikel Lain