suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain-pemain akan tentukan tugas tetap saya di Manchester United-Solskjaer

OLE Gunnar Solskjaer yakin peluang untuk menjadi pegurus tetap di Manchester United bergantung kepada semua pemain.

Solksjaer diumumkan sebagai pengurus sementara selepas Jose Mourinho dipecat Disember lalu.

Kehadiran pengendali dari Norway itu memberi impak positif kepada skuad.

Bukan sahaja mencatat lapan kemenangan dalam sembila perlawanan dengan satu seri, malah telah mempamerkan aksi berbeza ketika bersama Mourinho sebelum ini.

Marcus Rashford, Anthony Martial dan Paul Pogba antara pemain yang penuh kontroversi ketika di bawah Mourinho dengan aksi yang hambar.

Namun sebaliknya berlaku apabila mereka kembali menjadi tunjang utama di bawah pengurusan Solksjaer.

"Tugas ini seperti roda berpusing. Saya perlu membuat prestasi pemain lebih baik.

"Jika mereka dapat bermain dengan baik, memberi respon kepada saya, lihat keputusan dan tunjuk gaya permainan.

"Tetapi semuanya bukan mengenai saya. Saya datang ke sini bukan untuk bercakap tentang diri sendiri  dan ada yang panggil 'pengurus-pengurus besar'. Apa itu 'pengurus besar'?.

"Bagi saya ia berkaitan dengan cara  anda bekerja dengan pemain-pemain dan kelab. Jika saya meletak sasaran hanya mengenai keputusan, saya fikir ia adalah proses yang salah," kata Solksjaer.-Onefootball

Solskjaer, Manchester United

Artikel Lain