suria

Sarri dalam 'bahaya' di Stamford Bridge

MAURIZIO Sarri perlu mencari formula baharu untuk skuadnya jika ingin terus berada di Stamford Bridge selepas tewas 4-0 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana.

Pada aksi lewat Rabu malam itu, pengendali Itali itu turut di 'boo' oleh penyokong-penyokong The Blues yang menyaksikan kekalahan teruk bagi aksi liga dalam era Roman Abramovich.

Malah ia kekalahan sukar yang kedua buat skuad Chelsea selepas tewas kepada Arsenal minggu lalu.

"Saya rasa kecewa. Bukan di bawah tekanan. Saya tidak lihat isyarat kerja. Jadi saya kecewa.

"Mungkin salah saya, mungkin saya tidak memberi motivasi kepada mereka. Tetapi pasukan sangat kuat, mampu menang tanpa jurulatih," jelasnya selepas perlawanan.

Dia juga turut memberi respon kata-kata penyokong kepadanya ('anda tidak tahu apa yang anda buat').

"Kami hanya mampu meminta maaf kepada penyokong. Kami boleh kalah, sudah tentu dan setiap perlawanan tetapi bukan ini caranya. Kami perlu selesaikan masalah. Kami perlu faham di mana masalahnya.

Ketika rehat separuh masa pertama Sarri telah mengarahkan staf dan pembantu jurulatihnya keluar daripada bilik persalinan bagi memastikan hanya dia dan pemain-pemain sahaja berada di situ.

"Pada saat itu saya hanya mahu bercakap dengan mereka sendirian, tanpa orang lain. Saya perlu faham, ia sangat berbeza pada masa pertama dan kedua. Saya mahu cuba lagi esok." -Dailymail.co.uk

Maurizio Sarri, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain