suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emiliano Sala: Dua kusyen tempat duduk pesawat ditemui di pantai Perancis

DUA kusyen tempat duduk yang dipercayai kepunyaan pesawat yang membawa penyerang Cardiff City, Emiliano Sala ditemui berdekatan pantai Perancis.

Pesawat jenis Piper Malibu bersama dua penumpangnya hilang lebih seminggu selepas melintasi Kepulauan Inggeris.

Pada Rabu, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) mengumumkan penemuan serpihan pesawat yang ditemui pada Isnin.

Sebahagian kusyen pesawat itu ditemui terdampar di sebuah pantai berdekatan Surtainville dalam wilayah Cotentin Peninsula, Perancis.

“Kusyen kedua ditemui di kawasan sama lewat petang hari yang sama. Daripada siasatan awal, kami menyimpulkan kusyen itu mungkin kepunyaan pesawat yang hilang itu,” kata jurucakap AAIB.

Operasi pencarian pesawat itu dihentikan pada Khamis dan ditentang keluarga Sala.

Sejak itu keluarga Sala mencari dana untuk mengupah pasukan persendirian bagi memulakan semula pencarian pesawat tersebut.

Kusyen itu ditemui AAIB dekat pantai di timur laut Perancis, kira-kira 40 batu dari pesawat itu dilaporkan hilang. - The Telegraph

Emiliano Sala

Artikel Lain