CAS tolak rayuan Karim terhadap IAAF - Sukan | mStar

CAS tolak rayuan Karim terhadap IAAF

Karim Ibrahim.

MAHKAMAH Timbang Tara Sukan (CAS) telah menolak rayuan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim.

Karim telah membuat rayuan terhadap keputusan Persatuan Olahraga Dunia (IAAF) untuk mengeluarkan beliau daripada Majlis badan induk dunia itu tahun lepas.

Pegawai Komunikasi CAS Katy Hogg ketika dihubungi Bernama berkata keputusan akhir itu dibuat pada 17 Disember tahun lepas.

“CAS telah mengeluarkan keputusan akhir pada 17 Disember 2018 yang mana rayuan Karim Ibrahim terhadap keputusan panel penilai IAAF bertarikh 15 Mei 2018, ditolak,” katanya.

IAAF pada Ogos tahun lepas, menjelang Sukan Asia Jakarta-Palembang, mengesahkan bahawa panel penilainya mendapati Karim tidak layak memegang jawatan dalam Majlis badan induk itu.

Tetapi, tiada butiran lanjut berikutan Karim telah membawa perkara itu kepada CAS.

Bagaimanapun, laporan media mengaitkan penyingkiran beliau dengan satu dokumentari yang disiarkan oleh media Jerman, ARD pada Mac 2016 yang mendakwa Karim melindungi amalan doping di Malaysia.

Pada 2012, Karim dikenakan tindakan penggantungan kerana didakwa membantu enam atlet negara yang enggan menjalani ujian doping oleh Institut Sukan Negara (ISN) pada 2011.

Karim bagaimanapun membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini dan berjaya membatalkan hukuman penggantungan itu, sebelum beliau dilantik Presiden KOM pada penghujung 2014.

Beliau dilantik anggota Majlis IAAF oleh Persatuan Olahraga Asia pada Oktober 2015.

Karim Ibrahim

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?