suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Staf fisio Sunderland ditahan gara-gara didakwa 'ganggu' pemain bawah umur 16 tahun

SUNDERLAND telah menggantung salah seorang staf akademi selepas ditahan berikutan dakwaan 'bertemu' pemain bawah 16 tahun.

Jurulatih fisio Peter Howey,60, ditahan selepas kelab membuat laporan kepada polis sejurus pemain mengadu mengenai gangguan seksual.

Dia disoal siasat oleh pihak polis sebelum dibebaskan di bawah siasatan.

Menurut jurucakap Sunderland: "Kami amat peka dengan dakwaan yang berkaitan dengan staf. Kami membuat laporan di Balai Polis Northumbria dan individu terbabit telah digantung.

"Sementara itu kenyataan polis memberitrahu: "Polis telah menahan seorang lelaki berusia 60 tahun disyaki bertemu dengan lelaki bawah umur 16 tahun dikaitkan dengan tuduhan seksual.

"Dia telah dilepaskan di bawah siasatan."

Howey merupakan bekas pembantu guru besar di Sekolah Hetton. Dia juga merupakan bekas jurulatih bola sepak pasukan selama 29 tahun sebelum bersara pada 2013 dan telah bekerja di Sunderland lebih 30 tahun. -Dailymail.co.uk

Gannguan Seksual, fisio, Sunderland

Artikel Lain