Bekas jurulatih terjun kebangsaan bebas tuduhan rogol - Sukan | mStar

Bekas jurulatih terjun kebangsaan bebas tuduhan rogol

Qiang bebas daripada tuduhan kes rogol dua tahun lalu.

BEKAS jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang yang didakwa merogol seorang atlet terjun kebangsaan wanita di Kompleks Akuatik Sukan Negara dua tahun lalu, menarik nafas lega apabila dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu.

Hakim Noradura Hamzah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Huang, 37, di akhir kes pembelaan di Mahkamah Sesyen di sini.

“Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan,” kata hakim itu setelah mendengar keterangan 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan pada prosiding perbicaraan kes itu yang bermula 19 Jan 2018.

Pada 11 Oktober 2017, Huang yang berasal dari China dan telah mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan merogol mangsa di dalam gim kering, Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Sri Petaling, Cheras, di sini pada 5.30 petang, 26 Sept 2017.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada 9 April 2018, Huang dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun pada 31 Okt 2018, Mahkamah Tinggi memerintahkan tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Huang.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi manakala Huang diwakili peguam Mohd Hisham Md Nen.- Bernama

Huang Qiang , bebas , rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sarri dalam 'bahaya' di Stamford Bridge

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain