suria

Menyerlah di Stamford Bridge, Sarri sedia tawar kontrak tetap kepada Kovacic

Mateo Kovacic.

CHELSEA terbuka mengadakan rundingan dengan Real Madrid berhubung perpindahan tetap Mateo Kovacic.

Bintang Croatia itu menandatangani kontrak dengan Real pada 2015 dari Inter Milan tetapi bergelut untuk mendapat tempat dalam skuad utama Los Blancos.

Dia dipinjamkan ke Chelsea untuk tempoh jangka masa panjang dan menyerlah dibawah kendalian Maurizio Sarri, melakukan 20 penampilan dalam kesemua perlawanan.

Sarri berminat untuk mengikat Kovacic dengan menawarkannya kontrak secara tetap di Stamford Bridge.

Susulan itu, Chelsea telah menghubungi Real untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai perpindahan tersebut, lapor Evening Standard.

Kovacic mengakui dia mahu meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu pada musim panas untuk beraksi dengan lebih bersama kelab lain.

Pada awal musim ini, pemain tengah itu secara terbuka memberitahu dia amat gembira bersama Chelsea.

"Saya amat gembira di Chelsea. Bandar yang menarik, penyokong yang hebat, stadium dan segalanya bagus. Jadi saya tidak boleh bayangkan saya berada di sini.

"Selepas bergelut selama dua tahun di Madrid, beraksi kemudian tidak diturunkan, ia amat sukar. Anda hilang keyakinan, anda tidak mencuba perkara yang anda tahu.

"Ini keputusan saya untuk pergi. Chelsea datang, saya bercakap dengan jurulatih dan kelab. Saya mahu datang ke sini dan saya gembira ia berlaku," katanya.

Chelsea menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini. - Metro.co.uk

Mateo Kovacic, Chelsea, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain