suria

"Jangan lupa kami salah satu pasukan terbaik di Eropah", ujar Van Dijk menjelang bertemu PSG

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk

VIRGIL van Dijk menyeru rakan sepasukannya supaya mengatasi tekanan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Paris Saint-Germain (PSG).

Perlawanan yang bakal berlangsung awal pagi Khamis (4pg) di Perancis itu amat penting bagi mara ke pusingan kalah mati, dan kini hanya berkongsi enam mata dengan pendahulu kumpulan, Napoli.

Manakala PSG mengumpul lima mata berada di tempat ketiga.

Gandingan Neymar dan Kylian Mbappe yang kembali daripada kecederaan bakal memberi tekanan kepada skuad Jurgen Klopp itu.

Sebelum ini Liverpool tewas dalam dua perlawanan bertemu Napoli dan Red Star Belgrade.

Liverpool bakal berdepan dengan PSG bagi saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara.

"Saya fikir kelab seperti Liverpool selalu akan ada tekanan - dan perlu ada.

"Tetapi ia tidak mengganggu saya. Saya hanya mahu bermain. Saya mahu nikmati perlawanan kerana tidak semua orang mendapat peluang apa yang kami buat ini.

"Itulah yang sebenarnya apabila kami bermula (main bola sepak), menikmati apa yang kami buat dan sebab itu saya cuba lakukan yang terbaik.

"Saya tidak ada sebarang ketakutan. Kami menghormati mereka, tetapi kami ingin menang.

"Kami akan bersungguh-sungguh untuk dapatkan itu, bermotivasi dan pastikan sudah bersedia daripada mula.

"Kami tidak lupa bahawa kami juga adalah salah satu pasukan terbaik di Eropah. Kami mara ke final tahun lalu dan mahu lakukan perkara sama tahun ini.

"Itulah sasaran kami," jelas pemain Belanda ini.-Dailymail.

Virgil van Dijk, Liverpool

Artikel Lain