suria

Mbappe hebat namun masih jauh untuk disamakan dengan Neymar

Mbappe antara nama yang menjadi sebutan hangat pada 2018.

BIARPUN Kylian Mbappe dikatakan sebagai antara pemain terbaik di dunia pada masa ini, segelintir ahli pasukannya pula berpendapat sebaliknya.

Ujar mereka, masih banyak aspek yang perlu diperbaiki pemain muda itu.

Menurut Dani Alves, masih banyak yang perlu dilakukan oleh Mbappe sebelum dia disamakan dengan rakan sepasukan, Neymar.

Namun, dia yakin Mbappe mempunyai masa depan yang cerah jika dia mampu mengekalkan pretasi permainannya.

Nama Mabppe antara yang paling disebut-sebut pada tahun ini.

Neymar.

Dia juga dikhabarkan sebagai antara pemain yang berkemungkinan menerima anugerah Ballon d'Or pada tahun ini.

Selain untuk pasukan Paris Saint-German (PSG), dia turut menyumbang untuk pasukan kebangsaan, Perancis menerusi Piala Dunia FIFA baru-baru ini.

Tambah Dani lagi, dia percaya masa untuk Mbappe masih lagi belum tiba tetapi dia semakin menghampirinya.

"Saya percaya Mbappe dan Neymar berbeza. Mbappe akan menjadi pemain yang mencatatkan sejarah dalam dunia bola sepak, tapi saya yakin yang Neymar sudahpun mencapai tahap itu.

"Mbappe pula masih lagi dalam proses untuk ke tahap itu. Kalau dia bijak, dia akan belajar dari Neymar," ujar pemain itu lagi.- Goal.Com.

 

Kylian Mbappe, Neymar, Dani Alves, PSG

Artikel Lain