suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Persaraan antarabangsa Ozil mampu bantu Arsenal"

KETUA jurulatih Arsenal mengakui keputusan Mesut Ozil bersara daripada aksi antarabangsa memberi kelebihan kepada pemain tersebut.

Perancang permainan itu bersara daripada skuad Jerman selepas aksi Piala Dunia Julai lalu berkaitan isu rasis.

Unai Emery yakin The Gunners akan mengikat Ozil untuk tempoh lama di Stadium Emirates berikutan prestasinya yang semakin baik.

"Saya tidak boleh jelaskan kaedah permainan kepada pemain yang bermain untuk skuad kebangsaan.

"Ia bukan mudah kerana mereka akan bermain untuk dua perlawanan.

"Apabila pemain tamat beraksi mungkin mereka akan hilang fokus dan ketika kembali latihan bersama kami.

"Tetapi dengan Ozil ia dapat membantunya mencari idea dengan lebih pantas,"ujarnya.

Ozil antara pemain prolifik Jerman yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.

Kapten Arsenal itu turut menjaringkan gol ketiga kelabnya ketika aksi kemenangan 3-1 ke atas Leicester City awal pagi Selasa.-OneFootball

Unai Emery, Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Ramos baran dengan Reguilon

Artikel Berikut

Artikel Lain