suria

Ramos baran dengan Reguilon

REAL Madrid kini dilihat berada dalam tekanan selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Tekanan tersebut bukan sahaa dirasai pengendali kelab, Julen Lopetegui, sebaliknya bahang 'panas' itu berjangkit ke dalam skuad.

Kapten, Sergio Ramos yang terkenal dengan permainan agresif dalam perlawanan hilang sabar dengan pemain muda ketika sesi latihan.

Pemain muda Sergio Reguilon dilihat cuba merampas bola dari tangan Ramos sehingga terkena hidungnya.

Berang dengan tindakan itu, Ramos mengambil bola dan menyepak ke arah Reguilon dengan jarak dekat sebanyak dua kali.

Tindakannya itu mendapat kritikan memandangkan dia adalah kapten dan pemain senior berpengalaman.

Los Blancos bakal menerima kunjungan Viktorian Plzen dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Selepas itu mereka akan melawat ke Camp Nou pada Sabtu untuk aski El Clasico yang boleh menjadi penentu masa depan Lopetegui.-OneFootball

Sergio Ramos, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain