suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neville cadang Chelsea pecat Ianni kerana mengejek Mourinho

Jose Mourinho bertindak balas terhadap perbuatan pembantu jurulatih Chelsea, Ianni selepas gol kedua Blues dijaringkan. - Reuters

PHIL NEVILLE telah meminta Chelsea untuk memecat Marco Ianni kerana terbabit dalam adegan yang tidak menyenangkan di Stamford Bridge pada Sabtu.

Pengurus United, Jose Mourinho bengang dengan cara Ianni meraikan serangan ke atas Ross Barkley pada masa kecederaan.

Mourinho menerima permintaan maaf daripada Ianni dan pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, dan berkata beliau menganggap perkara itu sudah selesai.

Tetapi bekas pemain pertahanan United, Neville berpendapat Chelsea harus mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Pengurus Wanita England berkata pada NBC Sports: "Siapa pun ahli Chelsea yang buat begitu adalah satu perkara yang memalukan. Tidak ada kelas, tidak tahu malu.

"Dia (Ianni) pergi ke hadapan Jose Mourinho, Michael Carrick dan bangku Manchester United dan kemudian meraikannya di depan wajah mereka. Ia benar-benar biadap.

"Kalau saya Maurizio Sarri, saya akan menghantar lelaki itu masuk ke dalam dan memecatnya."

Sarri juga berkata beliau akan bercakap dengan Ianni lagi pada Ahad. - Sky Sports

Marco Ianni

Artikel Lain