suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho dedah tiga pemain Chelsea yang boleh 'sakiti' United

JOSE Mourinho yakin Manchester United akan berdepan masalah jika mereka hanya fokus merantai pergerakan Eden Hazard.

Bukan itu sahaja, pemain seperti N'Golo Kante dan Willian juga boleh 'menyakiti' mereka di Stamford Bridge.

Hazard menjaringkan 10 gol dalam 14 perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Malah pemain kebangsaan Belgium itu sudah tentu akan memberikan persembahan terbaiknya ketika melayan kunjungan United, malam Sabtu.

Mourinho memberi tanggungjawab kepada Ander Herrera dan Scott McTominay untuk menyekat kelincahan Hazard beberapa kali tetapi dia percaya Maurizio Sarri mempunyai beberapa pemain lain yang berbisa.

Eden Hazard.

"Jika saya hanya fikir mengenai Eden, kami akan berdepan masalah. Ia mengenai Eden, Willian dan Kante.

"Amat sukar beraksi menentang sebuah pasukan dan fokus kepada seorang pemain jika pemain istimewa itu dikelilingi pemain istimewa yang lain," kata Mourinho.

Hazard turut mengharapkan permainan yang menarik malam Sabtu.

"Ya, saya fikir begitu kerana tiga tahun lalu permainan juga amat mencabar. Setiap perlawanan menentang Manchester United dengan Ander Herrera atau saya masih ingat tahun lalu, pemain muda, McTominay, jadi saya harapkan pemainan kali ini lebih menarik," katanya. - Metro.co.uk

Jose Mourinho, Eden Hazard

Artikel Sebelum

Peter Velappan meninggal dunia

Artikel Lain