suria

"Lopetegui boleh dipecat jika keputusan tidak berubah"

Julen Lopetegui

JULEN Lopetegui boleh dipecat oleh Real Madrid jika keputusan tidak berubah, ujar Michael Essien.

Sepanjang pengurusan Lopetegui, Madrid mencatat rekod keputusan terburuk selepas 1985 dengan menyaksikan Los Blancos gagal mencatat sebarang gol dalam empat perlawanan akhir musim ini.

Kekalahan kepada Sevilla dan Deportivo Alaves dalam La Liga serta CSKA Moscow pada Liga Juara-Juara menambahkan lagi tekanan kepada pengurus itu.

Kapten Madrid, Sergio Ramos menganggap sesuatu yang 'gila' jika memecat Lepetegui, manakal pertahanan Nancho Fernandez melihat skuad bersama bekas pengendali Porto itu sebagai ke jalan mati.

Lopetegui menafikan takut dipecat namun Essien yang pernah bermain di Madrid secara pinjaman ketika musim 2012-2013 mencadangkan dia boleh ditendang jika tidak berubah dengan cepat.

"Real Madrid salah sebuah kelab yang besar, jadi kamu boleh bayangkan tekanannya. Kami semua berharap dia boleh melakukan yang terbaik.

"Kamu akan tahu apa yang akan berlaku jika tidak mencatat keputusan yang baik," jelas Essien kepada Omnisport.

Julen Lopetegui, Michael Essien

Artikel Lain