Morata akui kehadiran anak kembar ubah diri lebih tenang - Sukan | mStar

Morata akui kehadiran anak kembar ubah diri lebih tenang

PENYERANG Chelsea Alvaro Morata mengakui melalui saat sukar musim pertama dalam bola sepak Inggeris.

Pemain Sepanyol itu menjaringkan sebelas gol dalam 31 penampilan selepas tiba dari Real Madrid.

"Saya banyak belajar sejak musim lalu. Ia sangat sukar," jelas Morata kepada El Mundo.

"Saya meninggalkan rumah untuk bermain Piala Dunia dan saya tidak berada dalam skuad.

"Kini selepas mempunyai dua anak, saya sudah boleh mengawal emosi dengan baik. Saya gembira ketika berada di luar padang," ujarnya.

Tambah Morata, musim dia perlu banyak berdepan dengan emosi.

"Saya mahu gembira ketika bermain. Saya perlu menjaringkan banyak gol untuk agar saya gembira. Dan beberapa bulanm lepas, saya sangat sedih.

"Saya tidak berada berada dalam tekanan, tetapinya situasinya tidak begitu baik. Ramai orang menyukai saya ketika menjaringkan tujuh golda dalam tujuh perlawanan pertama di Chelsea.

"Selepas itu saya tercedera dan terus bermain walaupun berasa sakit. Di situlah timbul tekanan dan saya tidak mahu bercakap dengan sesiapa.

"Suatu hari, isteri memberitahu bahawa saya mengawal situasi dengan cara yang tidak betul. Saya sangat marah ketika itu kerana berasa dia menentang saya," ujarnya.

Penyerang itu menukar number jersinya dari sembilan kepada 29 musim ini sempena menghargai anak kembarnya.

Isterinya, Alice Campello melahirkan anak kembar Alessandro dan Leonardo pada 29 Julai lalu.

Alvaro Morata , Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain