suria

Man City nafi pernah tawar gaji tiga kali ganda kepada Messi

Messi dan Guardiola ketika di Barcelona.

MANCHESTER City menafikan laporan mengenai kelab tiu cuba dan gagal mendapatkan penyerang Lionel Messi.

Pemain antarabangsa Argentina itu beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Etihad sejak Pep Guardiola dilantik sebagai pengurus pada musim 2016.

Pengerusi kelab, Khaldoon al Mubarak memetik kenyataan sebuah akhbar Sepanyol yang mengatakan dia pernah membuat tawaran lumayan untuk Messi, namun ditolak.

"Kami meminta Guardiola berbincang dengannya, kami menawarkan gaji tiga kali ganda daripada Barcelona, tetapi dia tidak pernah terima," memetik kata-kata Mubarak yang dilaporkan oleh akhbar.

Bagaimana pun, City memberitahu Persatuan Wartawan Sukan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar.

"Kami menafikan kenyataan itu," jelas juru cakap kelab.

Messi bermain di bawah pengurusan Guardiola selama empat musim di Barca dengan menyaksikan mereka mengumpul 14 gelaran termasuk dua trofi Liga Juara-Juara.

Bagi kempen musim ini pula, Messi telah merakam sebelas gol dan penampilan penuh dalam pelbagai perlawanan serta menjadi pembantu gol lima kali.

Kontrak semasa Messi bersama Barcelona sehingga musim 2021.

Lionel Messi, Pep Guardiola

Artikel Berikut

Artikel Lain