Hazard akui rasa bersalah kepada Mourinho - Sukan | mStar

Hazard akui rasa bersalah kepada Mourinho

Hazard (kiri) bersama Mourinho yang ketika itu menguruskan Chelsea.

EDEN Hazard mendedahkan dia mahu kembali bekerja dengan Jose Mourinho.

Bintang Chelsea itu juga meluahkan kekecewaan ketika bos Manchester United itu berada di Stamford Bridge.

Dalam temubual bersama HLN, Hazard menyalahkan dirinya yang menyebabkan Mourinho dipecat.

Setelah membawa Chelsea berada di tangga ketiga liga musim 2015, Mourinho dipecat selepas memulakan kempen baharu yang kurang baik.

"Dalam tempoh 12 tahun, saya hanya ada satu musim buruk, enam bulan terakhir di bawah pengurusan Mourinho...adalah salah saya sendiri.

"Selepas menjuarai liga, kami meminta kebenaran dengan Mourinho untuk bercuti panajng. Dan saya kembali dengan keadaan yang tidak bagus.

"Imej Mourinho yang digambarkan kepadanyua sebagai pengurus yang suka mempertahankan diri adalah tidak betul. Dia adalah jauh lebih suka cabaran seperti Pep Guardiola .

"Musim terakhir bersama Mourinho tidak bergitu gembira. Kami tidak menang, kami hanya mempunyai rutin yang pendek, berlatih tanpa gembira, ia lebih baik semua pihak berpisah.

"Tetapi jika ditanya sekarang dengan jurulatih mana yang saya ini kembali bekerja, saya akan jawab Mourinho," ujar pemain antarabangsa Belgium itu.

Hazard mengakui dia turut menghantar mesej kepada Mourinho untuk meminta maaf selepas dipecat.

"Saya berasa bersalah kerana saya adalah Pemain Terbaik Tahunan dan merupakan pemain yang paling tegas tetapi saya kurang bermain.

"Kami sebuah pasukan yang boleh memenangi banyak trofi, namun berakhir dengan pusingan negatif."

Eden Hazard , Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Henry kembali ke Monaco sebagai pengurus

Artikel Berikut

PLJ 2018: Ampang Jaya BC laung amaran awal

Artikel Berkaitan

Artikel Lain