suria

Henry kembali ke Monaco sebagai pengurus

THIERRY Henry sah dilantik pengurus baharu di kelab lamanya, Monaco.

Kelab Perancis itu memecat Leonardo Jardim pada Khamis.

Pengesahan itu dibuat oleh kelab menerusi laman Twitter pada pagi Sabtu dan turut memutanaik gambar Henry dengan mesej #He’sComingHome dan #ForeverMonaco.

Sebelum ini Jardim membawa Monaco sebagai naib juara musim 2017, namun berdepan dengan kesukaran musim ini.

Mereka menduduki tangga ke-18 dan hanya memenangi satu perlawanan musim ini.

Bekas penyerang Arsenal itu merupakan graduan daripada Akademi Monaco dengan rekod 141 permainan untuk kelab dan membantu menjuarai gelaran juara Ligue 1 pada musim 1996-97.

Thierry Henry, Monaco

Artikel Berikut

Artikel Lain