suria

United sukar ikat De Ligt gara-gara Pogba

MINO Raiola berusaha menghalang perpindahan Matthijs de Ligt ke Manchester United dan bersedia meyakinkan kliennya itu untuk menerima tawaran daripada Manchester City.

Ejen pemain pertahanan itu turut mewakili Paul Pogba dan kecewa dengan cara layanan United terhadap kliennya itu.

Pogba sudah tidak sebulu dengan Jose Mourinho yang melucutkan jawatannya sebagai naib ketua pasukan United.

The Sun mendakwa Raiola sedang mempertimbangkan untuk menyekat perpindahan De Light ke Old Trafford sekiranya perbalahan antara Mourinho dan Pogba berterusan.

Walaupun baharu sahaja berusia 19 tahun, De Ligt berjaya menarik perhatian United, City dan Barcelona dalam tempoh setahun lalu.

Ajax menerima tawaran daripada beberapa kelab dan bidaan 52 juta pound sterling daripada kelab yang tidak didedahkan turut sedang dipertimbangkan.

De Ligt mempamerkan prestasi cemerlang bersama Ajax tetapi City berpendapat dia boleh menggantikan posisi Vincent Kompany.

United terdesak untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu selepas prestasi hambar pada permulaan musim.

Namun United mengetahui agak sukar menyakinkan Raiola untuk kembali berurusan dengan mereka.

Ini bermaksud United mungkin terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat De Ligt. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain