suria

Piala AFC B-16: Luqman Hakim ledak 4 gol, Malaysia tewaskan Tajikistan 6-2

Pemain negara meraikan kemenangan ke atas Tajikistan pada aksi pembukaan Kumpulan A Piala AFC Bawah 16 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis. Foto kredit: AFC

KUALA LUMPUR: Luqman Hakim Shamsudin mencuri tumpuan pada kempen pembukaan Kumpulan A Piala AFC Bawah 16 tahun apabila meledak empat gol pada aksi kemenangan 6-2 ke atas Tajikistan, petang Khamis.

Skuad Malaysia yang dikendalikan ketua jurulatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim berjaya mencatat kemenangan pertama saingan kumpulan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Luqman Hakim membuka jaringan minit ke-30, 42’,46’ dan 67’ manakala dua lagi jaringan negara menerusi Najmuddin Akmal Kamal Akmal dan Alif Mutalib.

Selain itu, gol tunggal pihak lawan dijaringkan Sharifbek Rahmantov minit ke-72 dan Isroil Kholov (m-92) .

Foto kredit: AFC

Skuad muda negara bakal meneruskan aksi kedua bertemu Thailand, Ahad ini sebelum aksi akhir kumpulan bertemu Jepun pada 26 September ini.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, pasukan negara akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Korea Utara, Oman, Yaman dan Jordan pada aksi suku akhir yang dijadualkan 30 September.

Sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A, perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, manakala jika naib juara akan beraksi di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Perlawanan separuh akhir pada 4 Oktober akan berlangsung di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, manakala final pula pada 7 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk rekod, empat pasukan terakhir layak ke aksi Piala Dunia B-17 yang bakal berlangsung di Peru tahun depan.

b16, PPBN, Piala AFC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain