suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic sokong Messi pindah ke MLS

ZLATAN Ibrahimovic berkata Lionel Messi patut bertukar angin ke Major League Soccer (MLS).

Messi dilaporkan menjadi sasaran utama David Beckham yang juga pemilik Inter Miami yang akan mula beraksi dalam saingan MLS pada 2020.

Ibrahimovic yang pernah bergandingan dengan Messi di Barcelona pada musim 2009-2010 berkata pemenang Ballon d'Or lima kali itu tidak patut melepaskan peluang tersebut.

"Sudah tentu. Messi patut datang ke Amerika," kata Ibrahimovic kepada TMZ.

Ditanya mengenai posisi yang sesuai untuk Messi sekiranya menyertai pendatang baharu MLS itu, Ibrahimovic berkata pemain kebangsaan Argentina itu boleh beraksi di mana sahaja.

"Dimana sahaja," katanya.

Selain Messi, Beckham turut berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Juventus, Cristiano Ronaldo.

Beckham diberikan francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas membuat pengumuman rancangannya untuk menubuhkan sebuah pasukan buat pertama kali di bandar Selatan Florida itu, empat tahun lalu.

Inter Miami dijadual untuk bermain pada 2020 di venue sementara sehingga stadium mereka yang memiliki kapasiti 25,000 tempat duduk dan diberi nama "Miami Freedom Park" lengkap setahun selepas itu.

Beckham kini akan memberi tumpuan kepada pengambilan beberapa pemain terkemuka dunia dalam usaha untuk membina profil dan meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan kelab bola sepak miliknya.

Inter Miami, Lionel Messi

Artikel Lain