suria

Mourinho tak percayakan Rashford! - Ferdinand

BEKAS pertahanan MAnchester United dan England Rio Ferdinand percaya pengurus kelab itu tidak percaya kepada Marcus Rashford.

Rashford kelihatan sukar menjari rentak musim ini dan selalu digunakan diluar posisinya iaitu pemain tengah kepada penyerang.

Pemain berusia 20 tahun itu terlepas aksi kemenangan ke atas Watford Sabtu lalu gara-gara digantung namun akan kembali ke barisan pemain menjelang perlawanan Lig Juara-Juara bertemu kelab juara Switzerland, Young Boys.

Bagai mana pun Ferdinand yang kini menjadi pengulas bola sepak percaya Rashford perlu bermain lebih kerap.

"Jika saya berada di sana sebagai Marcus Rashford dan seseorang datang kepada saya bertanya, 'Adakah anda rasa pengurus mempercayai kamu sebagai pemain utama, penyerang dan membina pasukan termasuk kamu?' "Saya akan menjawab 'Tidak sebab saya tidak berada dalam senarai pemain utama setiap perlawanan.

"Anda tanyalah mana-mana pemain. Jika bermain sebagai pemain ganti, maknanya tidak ada apa-apa."

Jelas Ferdinand, dia mahu melihat Rashford kembali menjadi pilihan, namun keputusan di tangan pengurus.

"Dia telah membawa Lukaku. Dia membawa Sanchez. Pemain ini akan mulakan permainan."

Rio Ferdinand, Rashford marcus

Artikel Lain