suria

Jari tembus mata, Roberto Firmino beritahu peminat dirinya 'OK'!

ROBERTO Firmino dari Liverpool mengesahkan dirinya tidak mengalami kecederaan jangka panjang selepas matanya dicucuk pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen.

Penyerang Brazil itu terpaksa dikeluarkan dari padang dalam kemenangan pasukannya 2-1 ke atas Spurs pada malam Sabtu selepas Vertonghen tidak sengaja mencucuk mata kirinya.

Kejadian itu menyebabkan peminat Liverpool bimbang Firmino tidak dapat beraksi untuk pasukan Jurgen Klopp yang akan berdepan PSG dalam perlawanan Liga Juara-Juara, malam Selasa.

-foto Getty

Tetapi Firmino berkata dia dan matanya 'OK' dan berterima kasih kepada penyokong Liverpool atas sokongan mereka.

"Ia hanya satu perkara yang menakutkan, mata saya OK dan begitu juga diri saya," katanya di Instagram.

"Terima kasih atas semua sokongan dan jumpa kamu tidak lama lagi."

Klopp berhati-hati selepas kejadian itu tetapi enggan menyalahkan Vertonghen kerana dia tidak melihat sendiri kejadian itu dari tempatnya.

Liverpool mengeluarkan kenyataan pada malam Sabtu mengesahkan Firmino telah dibenarkan keluar dari sebuah hospital di London selepas menerima berita positif mengenai keadaan matanya.

"Pemeriksaan hospital mengesahkan pelelasan mata, tetapi tidak ada kecederaan kekal," menurut kenyataan itu.

"Masalah ini akan dipantau dan dirawat oleh kakitangan perubatan Liverpool di Melwood sebelum keputusan dibuat sama ada Firmino dapat beraksi dalam Liga Juara-Juara, malam Selasa dengan Paris Saint-Germain di Anfield. Pada peringkat ini, pemain No.9 ini tidak diketepikan.

"Firmino kembali ke Merseyside secara berasingan daripada rakan sepasukannya bersama doktor kelab Andy Massey berikutan penilaian positif."

Dalam perlawanan petang sabtu, Georginio Wijnaldum membuka jaringan untuk Liverpool di Wembley sebelum Firmino menyumbat masuk gol kedua.

Erik Lamela menghadiahkan gol buat Spurs tetapi Reds berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga tamat perlawanan, menyaksikan kemenangan Liga Perdana kelima berturut-turut untuk pasukan itu. -MetroUK

mata, Roberto Firmino, Jan Vertonghen

Artikel Lain