suria

Pemilik Everton punca Rooney tinggalkan Merseyside

WAYNE Rooney mendedahkan impiannya untuk membantu kelab zaman kanak-kanaknya, Everton untuk merangkul trofi Liga Perdana buat kali pertama selepas 1995.

Namun impiannya itu tidak menjadi kenyataan apabila pemilik kelab, Farhad Moshiri enggan mengekalkannya di Merseyside.

Rooney meninggalkan Manchester United pada Julai 2017 untuk ke Everton.

Rooney kembali ke kelab lamanya dengan mempamerkan aksi memuaskan namun kelab seperti tidak mengendahkan pemain tengah itu dalam membantu pasukan.

"Bukan mudah untuk meninggalkan Man United, tetapi saya tidak banyak beraksi dan Everton adalah sebab kenapa saya meninggalkannya.

"Saya ingin membantu saat sukar Everton dan memenangi trofi selepas 1995. Inilah impian saya, malangnya ia tidak berlaku.

"Saya sedikit kecewa dengan cara pengakhirannya di sini, tetapi inilah bola sepak.

"Ia bukannya menamatkan karier saya di Everton. Saya nampak kelab cuba buat perubahan dan membawa masuk pemain dan saya ingin menjadi sebahagian daripada mereka.

"Apa yang berlaku beberapa kali dalam karier saya yang menunjukkan ada sifat pentingkan diri, yang kadang-kadang sukar untuk dibuat.

"Bermain di bahagian tengah, saya kehilangan jaringan tetapi keseluruhan pasukan ada perubahan dan meningkat dalam kedudukan liga.

"Jika saya tidak berada di situ (bahagian tengah), mungkin saya mampu menjaringkan 20 gol dan kami dapat menamatkan saingan di tempat ke-12 atau 13," jelasnya.

Kurang pasti dengan statusnya ketika itu, Rooney terus berjumpa dengan pengurus Sam Allardyce.

"Saya pergi berjumpa dengan Allardyce dan berkata: 'Dengar, saya bukan budak-budak. Apa yang berlaku? Kamu mahu saya di sini atau tidak?'. Sam berlaku jujur dengan saya dan memberitahu jika saya masih di situ musim depan (musim ini) saya mungkin tidak banyak bermain.

"Dia kemudian memberitahu; 'Tetapi saya tidak pasti sama ada pemilik mempunyai pendapat yang sama'.

"Untuk mendapatkan jawapan sebenar mengambil masa tiga bulan. Saya terus mencuba dan cuba," ujarnya.

Wayne Rooney

Artikel Berikut

Artikel Lain