suria

Thanabalan makin pulih, tak sabar sertai skuad negara

PETALING JAYA: Pemain sayap N.Thanabalan mengakui tidak sabar untuk kembali bersama skuad kebangsaan.

Ketika ini, pemuda berusia 23 tahun itu terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan pada aksi Sukan Asia bulan lalu.

"Setakat ini masih dalam proses pemulihan dan dijangka dalam tempoh enam minggu semuanya akan pulih.

"Kecederaan memang sudah adat sebagai pemain bola sepak dan saya yakin akan kembali seperti biasa selepas ini dan merebut tempat dalam skuad negara.

"Sebelum ini memang ada sedikit kecewa kerana terlepas bermain dalam Sukan Asia, tetapi itu semua sudah berlalu.

"Apa yang penting sekarang, saya mahu pulih sepenuhnya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Mengenai kariernya bersama skuad Hobin Jang Hobin musim depan, pemain kelahiran Rantau, Negeri Sembilan ini memberitahu kontraknya akan berakhir tahun ini.

"Saya belum bincang apa-apa dan belum tahu lagi," ujarnya enggan mengulas lanjut mengenai status musim depan.

N. Thanabalan

Artikel Sebelum

Selamat tinggal Oranje!

Artikel Berikut

Artikel Lain