suria

Bekas ketua rekrut Man United kesal tak dapat dua pemain

Emre Can (kanan). Foto Reuters

BEKAS ketua rekrut Manchester United, Javier Ribalta mengakui mahu membawa pemain Juventus, Emre Can ke Old Trafford selepas meninggalkan Liverpool pada perpindahan percuma pada musim panas.

Ribalta kesal tidak dapat mendapatkan Can semasa berkhidmat dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Malah, beliau turut mendedahkan mahu membawa pemain, Leon Goretzka yang meninggalkan Schalke untuk Bayern Munich secara percuma.

Bekas ketua rekrut itu meninggalkan Manchester United pada musim panas dan kini merupakan pengarah sukan di St Petersburg di Rusia.

Bercakap kepada Tuttosport, Ribalta berkata: "Semasa saya di Manchester United, saya hanya di sana selama setahun tetapi saya ingin mendapatkan Emre Can dan [Leon] Goretzka menerusi pemindahan percuma."

Emre Boleh memilih untuk menyertai Juventus sementara Goretzka menandatangani kontrak dengan juara Bundesliga, Bayern Munich. - Mail Online UK

Emre Can

Artikel Lain