Skuad B-19 tidak mahu dibuai mimpi, ada sebab bermain di Oman! - Sukan | mStar

Skuad B-19 tidak mahu dibuai mimpi, ada sebab bermain di Oman!

Skuad Bawah 19 Tahun negara menjuarai Piala AFF Julai lalu.

PETALING JAYA: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) tidak mahu terus dibuai mimpi indah selepas menjulang trofi kejohanan AFF B-19 di Indonesia Julai lalu.

Selepas dua bulan, skuad kendalian Ketua Jurulatih Bojan Hodak itu kini kembali bersama membuat persiapan menjelang Piala AFC B-19, juga di Indonesia bermula Oktober depan.

Skuad muda negara kini berada di Oman berdepan dengan tiga siri perlawanan persabahatan dengan kelab di Timur Tengah itu.

Penolong jurulatih, Hairuddin Omar memberitahu, dalam tempoh persiapan ini, beliau tidak terlalu fokus kepada keputusan.

"Ya memang betul setiap perlawanan, keputusan juga penting. Tetapi apa yang kita ingin lihat sekarang adalah pendedahan atau penyesuaian diri bertemu dengan pasukan yang intensiti tinggi.

"Kita pergi ke Oman kerana mereka mempunyai pemain atau permainan yang coraknya lebih kurang sama dengan Arab Saudi yang bakal kita hadapi pada Piala AFC nanti.

"Bagi negara-negara Asean, kita tidak dapat bertemu dengan pasukan yang bermain pantas seperti di Timur Tengah ini," jelasnya kepada mStar Online.

Jelas Hairuddin, pendedahan di Oman ini amat berguna kepada pasukan kerana mereka berdepan dengan pemain-pemain senior kelab di Oman.

"Pasukan lawan disertai pemain-pemain yang terdiri daripada skuad kebangsaan, Bawah 23 Tahun serta pemain import.

"Saya berharap mereka dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Malah kami juga turut memberi peluang kepada semua pemain untuk berada di atas padang.

"Bagi saya juga pendedahan seperti ini amat penting kepada pemain-pemain muda kita," tambahnya.

Sebagai rekod, skuad muda negara tewas 4-0 dalam perlawanan persahabatan pertama bertemu Kelab Suwaiq dan akan meneruskan aksi menentang Kelab Oman pada  Khamis (6 Sept) dan Kelab Muscat pada Ahad ini.

Selain itu bagi saingan Piala AFC bulan depan, pasukan negara berada dalam Kumpulan D bersama Arab Saudi, Tajikistan dan China.

Bawah 19 , Hairuddin Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain