suria

Akibat 'tsunami' Ronaldo, pengikut laman sosial Juventus naik mendadak, sejuta 'hilang' di Twitter Real Madrid

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

PENYOKONG Cristiano Ronaldo ternyata memberi kesan yang besar di media sosial dalam mengikuti kelab yang dinaungi pemain itu.

Statistik mendedahkan jutaan penyokong setia bintang kelahiran Portugal berbanding pasukannya.

Sebaik sahaja Ronaldo menyertai Juventus pada musim panas, juara liga Itali dapat menyaksikan peningkatan mendadak bagi kelab mereka secara dalam talian.

Tifo Football mendedahkan bahawa pasukan Ronaldo sebelum ini, Real Madrid, kehilangan sejuta pengikut Twitter dalam tempoh 24 jam.

Akaun Instagram Juventus pula menyaksikan kesan yang memberangsangkan, menyaksikan kenaikan pengikut sebanyak 25 peratus.

Menerusi semua platform media sosial, kelab yang baru disertai Ronaldo itu memperoleh enam juta pengikut baharu, satu peningkatan yang luar biasa.

Juventus kini mempunyai lebih 35 juta pengikut di Facebook, 6.2 juta (Twitter) dan 15.3 juta (Instagram). - Mail Online UK

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Lain