suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fifa dedah tiga calon akhir anugerah pemain terbaik, Messi lima kali menang gagal

Lionel Messi. Foto Reuters

LIONEL Messi buat pertama kali gagal disenarai pendek bagi anugerah pemain terbaik Fifa sejak 2006.

Sebaliknya, tiga pemain yang dipilih untuk senarai akhir adalah Mohamed Salah, Cristiano Ronaldo dan Luka Modric.

Messi menjaringkan 45 gol dengan Barcelona memenangi Liga Sepanyol musim lepas.

Salah mengungguli senarai akhir selepas membantu membawa Liverpool ke final Liga Juara-Juara dan menjaringkan 32 gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Modrid membantu Real Madird memenangi Liga Juara-Juara sebelum membawa Croatia ke final Piala Dunia di Rusia.

Ronaldo dan Messi merupakan pemenang anugerah itu sejak 2008, dengan masing-masing memperoleh lima kemenangan.

Majlis anugerah bakal berlangsung di London pada 24 September ini. - Mail Online UK

Lionel Messi, Fifa

Artikel Lain