suria

Juventus pasukan pilihan menang Liga Juara-Juara kerana ada Ronaldo - Messi

LIONEL Messi percaya Juventus kini menjadi pasukan pilihan untuk memenangi saingan Liga Juara-Juara selepas berjaya mengikat Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.

Messi dan Ronaldo saling bersaing antara satu sama lain sama ada untuk pasukan mahupun diri sendiri sejak beberapa dekad lalu.

Bintang Argentina itu berkata Real akan bergelut untuk mempertahankan trofi kejuaraan mereka tanpa kelibat Ronaldo.

"Jelas sekali mereka (Madrid) adalah salah satu pasukan terbaik di dunia, mereka mempunyai pemain dan skuad yang hebat.

"Namun pemergian Ronaldo membuatkan mereka lemah.

"Ia menjadikan Juventus sebagai pasukan pilihan untuk menang Liga Juara-Juara kerana skuad mantap yang mereka miliki sebelum ini ditambah pula dengan kehadiran Ronaldo.

"Saya terkejut dengan keputusan Ronaldo, saya tidak percaya dia akan tinggalkan Madrid untuk ke Juventus," kata Messi kepada Catalunya Radio.

Barcelona masih belum memenangi trofi Liga Juara-Juara sejak 2015 kerana kejohanan itu dikuasai Real Madrid yang muncul juara buat kali ketiga berturut-turut.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo

Artikel Lain