suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlawanan Pacquiao, Matthysse di RTM Ahad ini

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) buat pertama kalinya menyiarkan secara langsung perlawanan tinju Fight of Champions antara Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse di saluran TV1 dan myFreeview di saluran 111 RTM HD, Ahad ini.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia  pada Sabtu, perlawanan yang diadakan di Arena Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu dapat disaksikan secara langsung bermula 8 pagi.

"Setelah lebih empat dekad, peminat sukan tinju berpeluang menyaksikan perlawanan yang bakal menjadi pertarungan tinju terhebat negara ini selepas pertembungan antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 1975.

"RTM sekali lagi mengulangi sejarah pada tahun ini dengan menyiarkan secara langsung perlawanan antara juara tinju lapan kali Pacquiao dan juara dunia Matthyss," menurut kenyataan itu.

Siaran langsung itu akan dikendalikan pengacara Azlan Mubin di studio dan Rasdi Jumaat sebagai pengulas sepanjang perlawanan.-- Bernama


Pacquiao, RTM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain