suria

Peng Soon-Liu Ying mara ke separuh akhir terbuka Indonesia

JAKARTA: Beregu campuran Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan China Wang Yilyu-Huang Dongping pada aksi suku akhir  kejohanan badminton Terbuka Indonesia, Jumaat.

Dalam aksi 38 minit di Stadium Istora Senayan itu, Peng Soon-Liu Ying menumpaskan pilihan kedua kejohanan tersebut 21-19, 21-14.

"Mereka beregu yang bagus tetapi  kami berjaya lakukan terbaik," kata Peng Soon yang pernah tewas kepada pasangan itu pada Terbuka Korea 2017 ketika bergandingan dengan Cheah Yee See.

Pasangan Malaysia itu akan berdepan satu lagi gandingan China yang juga pilihan keempat, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

Satu lagi saingan separuh akhir melibatkan  pertemuan beregu  elit Indonesia yang juga pilihan pertama, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir berdepan rakan senegaranya, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja. - Bernama

Chan Peng Soon, Goh Liu Ying

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain