suria

Chong Wei mara separuh akhir Terbuka Indonesia

Chong Wei menewaskan Kantaphon Wangcharoen dari Thailand pada suku akhir di Stadium Istora Senayan pada Jumaat. Foto AFP

JAKARTA: Jaguh badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir perseorangan lelaki Terbuka Indonesia dan akan bertemu finalis Terbuka Malaysia 2018, Kento Momota dari Jepun.

Chong Wei yang juga pilihan pilihan ketujuh di kejohanan Terbuka Indonesia itu menewaskan Kantaphon Wangcharoen dari Thailand pada suku akhir di Stadium Istora Senayan pada Jumaat.

Juara Terbuka Malaysia 2018 itu menang 21-13, 22-20  dalam aksi 43 minit.

Manakala Momota menewaskan pemain Indonesia Tommy Sugiarto 21-11, 21-15 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Pada aksi final Terbuka Malaysia 2018 pada 1 Julai lepas, Momota tewas kepada Chong Wei 17-21, 21-23. 

Chong Wei ketika ditemui selepas perlawanan suku akhir itu berkata, beliau akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan menentang Momota pada Sabtu.

Beliau berharap dapat mengulangi kemenangannya ke atas Momota yang ditewaskannya pada final Terbuka Malaysia baru-baru ini.

Kejohanan Terbuka Indonesia bermula 3 Julai lepas dan berakhir Ahad ini itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$1.2 juta. - Bernama

Lee Chong Wei

Artikel Berikut

Pengadil FAM maut

Artikel Lain