suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Mesir, Trezeguet sahkan akan sertai Inter Milan

BINTANG Mesir mengesahkan bahawa dia akan menyertai Inter pada musim panas ini dan akan dipinjam selama semusim di Parma.

Pemain berusia 23 tahun, Trezeguet atau nama sebenarnya Mahmoud Ibrahim Hassan menyertai kelab Kasimpasa (Turki) secara pinjaman dariada Anderlecht pada musim lalu, tapi kini perpindahan itu sudah kekal.

Dia menjaringkan sebanyak 16 kali dalam semua perlawanan bersama Kasimpasa dan bermain dalam ketiga-tiga perlawanan Piala Dunia 2018 ketika mewakili Mesir.

Trezeguet berkata: "Saya mungkin akan tiba di Milan dan kemudian pergi ke Parma, saya akan dipinjamkan selama satu musim."

Trezeguet mendapat nama timangannya daripada jurulatih skuad belia kerana dia mempunyai persamaan dengan penyerang Perancis yang terkenal iaitu David Trezeguet. - Agensi

Trezeguet

Artikel Lain