Hamidin enggan berjanji, tunggu selepas 14 Julai - Sukan | mStar

Hamidin enggan berjanji, tunggu selepas 14 Julai

PETALING JAYA: Sebelah kaki, Datuk Hamidin Mohd Amin boleh dianggap sudah pun memegang jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Namun pengumuman rasminya bakal dibuat pada Kongres FAM Ke-54, 14 Julai ini.

Setiausaha Agung FAM itu sah menjadi calon tunggal perebutan jawatan nombor satu kerusi badan induk bola sepak negara ini selepas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa mengumumkan menarik diri pada Khamis daripada bertanding.

"Seperti yang saya katakan baru-baru ini, calon-calon ada hak untuk bertanding atau menarik diri. Dan Tan Sri Annuar sudah buat keputusan untuk tarik diri.

"Saya amat menghormati keputusan tersebut," ujarnya ketika ditemui media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabngsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Hamidin memberitahu, walaupun kini dirinya sahaja yang menjadi calon, ia hanya akan diumumkan pada Kongres nanti.

"Mengikut statut, jika tiada calon lain yang layak bertanding, secara rasminya akan ditabalkan sebagai presiden.

"Saya jujur mengatakan ini adalah amanah penyokong bola sepak negara, rakyat. Tetapi kalau presiden sahaja, ia tidak boleh membawa kita ke mana-mana.

"Jadi kita perlukan sokongan daripada kerajaan, penyokong, media untuk membantu melonjakkan bola sepak negara," jelasnya.

Dalam pada itu, Hamidin mengakui tugas presiden bukan sesuatu yang mudah.

"Saya tidak suka berjanji tetapi kita akan tengok selepas 14 Julai ini.

"Selain sokongan, saya juga ingin kritikan yang membina untuk bola sepak kita," tambah Hamidin.

Mengenai calon jawatan setiausaha agung pula, Hamidin mengakui ramai yang berminat mengambil alih tugasnya itu.

"Sehingga semalam (Khamis), saya menerima 12 permohonan untuk jawatan ini. Mereka terdiri daripada calon dalam dan yang berada di luar negara.

"Saya kira calon-calon yang memohon ini adalah orang yang boleh bekerja bersama-sama.

"InsyaAllah kalau dah ada keputusan, mungkin 14 Julai ini saya akan umumkan.

"Dan selepas itu juga saya akan berkongsi perancangan seterusnya," katanya.

Sebelum ini, FAM menerima tiga pencalonan untuk jawatan presiden termasuk Hamidin, Annuar dan Pengerusi Institut Sukan Negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Namun Abdul Azim Mohd Zabidi menarik diri dan menghantar surat penolakan menerima pencalonan 11 Jun lalu.

Datuk Hamidin , Presiden FAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Liverpool cari Salah yang baru

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain