suria

Teka-teki Griezmann akhirnya terjawab

ANTOINE Griezmann  secara rasmi telah mendedahkan masa depannya awal pagi Jumaat.

Teka-teki mengenai masa depannya terjawab apabila pemain berusia penyerang Perancis berusia 27 tahun itu memilih untuk kekal bersama Atletico Madrid.

Ia sekaligus menutup khabar angin bahawa dia bakal berpindah ke Barcelona yang sememang menunggu kehadirannya.

Jelas Griezmann dia mengambil kira semua pendapat sebelum memutuskan untuk kekal bersama Atletico.

Ayahnya memberitahu :"Kamu perlu mekakukan yang terbaik dalam karier".

Isterinya berkata: "Jika kamu menyertai Barcelona, kamu hanya akan menjadi antara salah seorang pemain".

Manakala kakaknya berkata, Griezmann tidak akan menang Liga Juara-Juara jika dia terus berada di tempatnya sekarang.

Tambah Griezmann, dia telah membuat keputusan itu selepas kelabnya menjulag trofi Liga Europa namun hampir menukar fikiran selepas diejek penyokong-penyokong kelab.

"Saya amat terkesan dengan situasi itu. Saya tidak tahu mengapa mereka mengejek saya," ujarnya yang megakui pengurus Diego Simeone telah menenangkannya dan membantu untuk membuat keputusan untuk kekal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain