suria

Abramovich enggan jual Chelsea

Roman Abramovich

ROMAN Abramovich menolak tawaran seorang individu terkaya di Britain untuk memberi kelab Chelsea.

Menurut laporan Daily Mail, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Multinational Petrokimia Ineos, Jim Ratchliffe meluahkan minat untuk membeli kelab yang dimiliki oleh bos dari Rusia itu sejak 15 tahun dulu.

Masa depan The Blues sukar digambarkan selepas Abramovich berdepan dengan masalah visa di UK yang menyebabkan dia terlepas menyaksikan kejayaan Chelsea merangkul Piala FA dengan menang ke atas Manchester United bulan lalu.

Masalah pembaharuan visa miliknya itu dilaporkan ada kaitan dengan hubungan buruk UK-Rusia sehingga Abramovich memohon menjadi warganegara Israel yang diperolehi bulan lepas.

Pemilik pasport Israel boleh memasuki Britain tanpa menggunaka visa untuk tempoh pendek walaupun ia memerlukannya untuk tujuan bekerja.

Abramovich dilaporkan masih menyayangi kelab ini yang dianggarkan bernilai 1 bilion pound.

Manakala Ratcliffe,65, yang merupakan pemegang tiket bermusim Chelsea adalah individu terkaya di Britain dengan memiliki jumlah peribadi 21.05 bilion pound berbanding Abramovich 9.3 bilion pound.

Tahun lalu, Ineos membeli kelab Switzerland, FC Lausanne-Sport yang berpengkalan hamir dengan pejabatnya di Rolle.

Sebelum ini, Ratcliffe yang membesar di Manchester tidak pernah dikaitkan pembelian kelab bola sepak Inggeris.

Roman Abramovic, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain