suria

Real Madrid akan umum pengganti Zidane menjelang Piala Dunia

REAL Madrid akan menamakan pengganti Zinedine Zidane (gambar) sebelum Khamis depan iaitu hari Piala Dunia 2018 bermula.

Hierarki Los Blancos masih terkejut ketika legenda kelab tersebut mengumumkan peletakan jawatannya pada hujung bulan lalu biarpun berjaya memenangi piala Liga Juara-Juara.

Spekulasi tentang penggantinya mula tersebar dan nama seperti Antonio Conte, Arsene Wenger dan Guti mula diperkatakan sebagai pengganti Zidane.

Menurut beberapa laporan, Real akan mencuba yang terbaik untuk melantik bos baharu pada hari yang sama Piala Dunia berlangsung.

Namun, tanda tanya tentang sama ada kelab itu sempat berbuat demikian masih belum diketahui.

Sebelum ini, Zidane telah mengejutkan dunia dengan pengumuman peletakan jawatan sebagai pengurus Real Madrid hanya selepas lima hari merangkul gelaran pemenang Liga Juara-Juara.

The Sun melaporkan, punca peletakan jawatan Zidane adalah kerana dia bertengkar dengan Presiden Real, Florentino Perez berhubung polisi perpindahan Eden Hazard dan David de Gea.

jurulatih Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain